Monday, 1 May 2017

DIANA JEJAK JEPUN (PART 1)

Assalamualaikum readers.....

Apa khabar? Alhamdulillah...masih lagi sihat dan dapat bernafas di bumi Allah pagi ini. Macam mana cuti korang? Ada plan yang menarik?

Entry kali ni nak kongsi dengan korang trip percutian bersama FAMILY. Family memang suka pergi travel....Selalunya setahun sekali....Kali nie percutian ke negara MATAHARI TERBIT a.k.a JEPUN.
.
.
Percutian kali nie dengan the whole family + my aunty (Mak Ngah) & cousin (Ikha). Total semuanya 9 orang termasuk si kenit....Kali nie decide nak pergi Tokyo je dulu. Lagipun Abah ada kawan kat sana. So serba sedikit dia boleh bantu.

Kami decide pergi masa minggu kedua bulan April (6 hari 5 malam). Kitaorang pergi masa musim bunga. Actually kat Jepun ada 4 musim iaitu musim bunga (bulan Mac hingga Mei), musim panas (bulan Jun hingga Ogos), musim luruh (bulan September hingga November) dan musim sejuk (bulan Disember hingga Februari).

Sebelum pergi travel nie banyak la baca tentang negara Jepun. Study lah sket2 tempat-tempat yang nak dilawati. 1st time travel ada budak kecik so memang banyak benda yang kena baca & dapatkan info daripada blogger2. And the best thing is tanya my boss tempat-tempat menarik. Dia siap suggest itinerary untuk kitaorang. (tapi kitaorang tak follow pun semua....πŸ˜„πŸ˜„)



Come!!Let's go!!


13 April 2017 (Khamis)


Flight kami pukul 2.15 pm. Arrive kat KLIA around 12.30 pm. Kali nie travel naik ANA Airlines (All Nippon Airways nama panjang die...) Biasa dengar MAS, Air Asia, Etihad, Emirates, Cathay Pacific πŸ˜ƒπŸ˜ƒ. Inilah adalah kali pertama naik ANA Airlines. Perjalanan dari KL ke Tokyo amik masa lebih kurang 7 jam. Flight service ANA memang superb. Stewardess very polite. Senyum je memanjang πŸ˜ŠπŸ˜Š. 

Masa book online tiket abah dah choose Muslim Meal. So kerusi kita, diaorang tampal Muslim tag. So nanti bila diaorang nak serve makanan, mudah la kan. After take off lebih kurang setengah jam stewardess serve welcome drinks....then after a few hours dieorg serve lunch plak....Actually kitaorang dah isi perut awal2 dulu sebelum take off...sebab tak tau pukul berapa diaorang nak serve makanan kan.....confirm lapar....solat pun ktorang solat dalam flight....macam bese la kan solat duduk je....sampai Jepun barulah qada'n solat bagi sempurna....😊😊😊



Nielah Ikha (my cousin)

welcome drink + snack

Lunch + dinner

Si kenit nie tak dok diam dlm flight😊😊



Selepas almost 8 jam kami pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, (Haneda). Untuk pengetahuan semua terdapat 5 lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Jepun:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda)
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu




Kami turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda). Airpot Haneda adalah yang terdekat dengan bandar Tokyo. Sampai je airport as usual masing-masing cari "kamar kecil". Seperti yang semua tahu Jepun banyak menggunakan teknologi. Dalam "kamar kecil" pun main tekan-tekan je dik nooonnnnn. Takde paip macam kt Malaysia. πŸ˜„πŸ˜„ 


Haaa.....lebih kurang macam nie la teknologi "kamar kecil" kat Jepun. Nasib baik ada translate English kt situ....Kalau tak payah gak. Macam biasa la Jepun memang mementingkan bahasa ibunda mereka. So masa kt dalam nie korang boleh cuba-cuba tekan button yang ada nie. Memang masa masuk tue teruja giler tengok "kamar kecil" die.

Di airport kawan abah dah menunggu. Mr Yunus namanya. Orang Russian tapi menetap & bekerja di Jepun. Sangat-sangat friendly orangnya. Then, Mr Yunus bawa kami ke apartment. Perjalanan dari airport ke apartment mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sambil-sambil tue nikmati suasana malam di Tokyo, Jepun.

Lebih kurang jam 9.00 malam kami tiba di perkarangan homestay kami. Mr Yunus berhentikan kami di tepi jalan dan kami kena mengheret beg-beg bersama-sama menuju ke homestay πŸ˜ƒ. Suasana malam ini sangat dingin dan sejukHomestay berada di tingkat atas. Kena angkat beg-beg naik atas. Alhamdulilah homestay sangat selesa. Homestay kami mempunyai 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 bilik air. Ada dapur, dan juga laundry area.

Memang selesa sangat-sangat homestay yang Mr. Yunus dapatkan untuk kami. So yang perempuan unpack makanan yang di bawa. Sebelum bertolak ke Jepun kami dah minta abah bagitau Mr Yunus yang kitaorang nak pinjam rice cooker. Ramai orang cakap makanan halal dekat Jepun susah nak dapat & harganya agak mahal. So kami bawa siap-siap beras, serunding, beberapa produk Brahim's. Masing-masing bersihkan diri dan mencari tempat beradu.πŸ’€πŸ’€


See you guys next.... 

No comments:

Post a Comment